Saya cintakan awak kerana Allah :)
Saya masih ingat lagi kita mula berkenalan dibangku
sekolah. Saat pertama kali saya mengenali awak, hati saya terus terpaut. Bukan
kerana wajah awak. Tetapi kerana hati awak. Kerana iman awak. Awak memang lain
dari lelaki-lelaki yang pernah awak kenali selama ini. Masih teringat
soalan pertama yang awak tanya di awal perkenalan "Solat awak cukup
tak?" Saya terkedu. Lepas tu awak sambung lagi "Kalau
solat pun tak cukup maknya iman nipis sangat la tu...." Ya
Allah. Merah padam muka saya. Ye lah. Saya sedar. Saya ni umur saja
16 tahun. Tapi solat masih tak sempurna.
Kadang-kadang saya terfikir kenapa awak suka kan
saya? Iye lah. Saya ni dah la bukan budak sekolah agama/ Maahad macam awak.
Memang saya bertudung. Tapi hanya sekadar bertudung. Berbaju singkat, berseluar
ketat. Saya jahil bab agama. Sampaikan, saya rasa saya ni tak layak untuk
awak. Awak dari keluarga yang kuat agama. Bersekolah agama.
Kita berdua memang jauh beza. Bagai langit dan bumi. Tapi awak tak juga
tinggalkan saya. Awak tetap berkawan dengan saya. Bila saya ajukan soalan ini
kepada awak, awak mesti jawab "yang penting hati. luaran boleh
diubah"
Tanpa sedar, sepanjang perkenalan kita awak
mengubah saya sedikit demi sedikit. Kalau dulu saya paling rimas pakai baju
kurung. Baju kurung pun boleh kira dengan jari ade berape helai.
Tapi awak pandai ambil hati saya. Awak cakap saya nampak ayu bila
berbaju kurung. Sejak hari itu saya cuba untuk berbaju kurung. Saya selalu
minta ibu belikan baju kurung untuk saya. Sampaikan ibu naik pelik tengok
anak sendiri. Kalau dulu nak lekat bertudung pun payah, tapi sekarang dah
pandai berbaju kurung. Bila saya pakai baju singkat depan saya, awak tak marah
saya. Tapi awak nasihatkan saya. Awak cakap, kalau nak jadi wanita solehah,
kena jaga aurat. Awak tak pernah putus asa nasihatkan saya. Saya
kagum dengan cara awak. Tak pernah sebelum ini ada lelaki yang berani
menasihati saya. Lelaki yang saya kenal sebelum-sebelum ni suka saya berpakaian
singkat. Kalau boleh mereka nak saya membuka tudung. Astaufirullahhalazim. Tapi
saya bersyukur kerana Allah temukan saya dengan awak.
Bila kita keluar, awak tak pernah tinggal solat.
Pergi tengok wayang ke, pergi shopping ke, awak akan pastikan solat awak
terjaga. Sedikit sebanyak ia mengajar saya untuk tidak mengambil mudah tentang
solat. Bila tiba hari lahir saya, awak tak belikan saya hadiah yang
mahal-mahal. Kata awak, awak tak mampu nak belikan hadiah mahal. Tapi awak
hadiahkan saya novel keislaman bertajuk "Ayat-ayat cinta." Saya tak
kisah pun awak. Ilmu agama yang awak sudi kongsi dengan saya tak ternilai
harganya. Terima kasih awak. Terima kasih kerana selalu ingatkan saya kepada
Allah :)
Makin
lama kita berkenalan, saya dapat rasakan kelainan. Yer memang saya dambakan
awak menjadi suami saya. Setiap kali berdoa kepada-Nya, saya tak pernah
lupa meminta agar jodoh kita dipanjangkan hingga menjadi suami isteri. Awak
janji dengan saya bila kita sah jadi suami isteri nanti awak nak ajar saya baca
Al-Quran sampai khatam. Saya tak sabar nak tunggu saat tu. Tapi bila dah bertahun-tahun,
awak mula lain. Awak dah berubah. Awak dah berani gengam tangan saya.
Kerana sayang, saya merelakan nya. Kalau dulu kita hanya duduk berjauhan,
kini duduk bersebelahan sudah menjadi kebiasaan. Saya tak salahkan awak
sebab saya merelakan. Berdosanya kita masa tu.
Ditakdirkan suatu hari, kita berpisah. Kemudian
awak datang merayu untuk bersama saya semula. Tapi saya enggan bersama dengan
awak kembali. Bukan kerana saya benci awak. Bukan kerana saya mempunyai
pengganti. Kerana selama kita terpisah, saya banyak berfikir. Saya
terlalu cintakan awak. Tetapi awak, saya cintakan awak kerana Allah.
Bukan kerana nafsu. Saya takut. Saya takut jika kita teruskan hubungan
ini, cinta saya akan terpesong. Saya tak nak kita sama-sama sesat dengan
dunia khayalan yang penuh dengan noda-noda hitam. Saya nak cinta antara
kita berdua suci.
Awak, saya pernah terbaca "Cinta sejati
adalah membantu satu sama lain untuk mendapatkan "Jannah". Bukan
memegang tangan antara satu sama lain menuju ke Neraka."
Ahmad, selama ini saya terpikat dengan awak kerana
awak dekatkan saya kepada Allah. Oleh itu, Uhibbuki
fillah. Saya cintakan awak kerana Allah :)
Maka saya nak kita sama-sama bercinta sampai ke
syurga. Saya tak nak jadi penyebab awak masuk ke neraka dan saya pun tak
nak masuk ke neraka.
Disebabkan itu lah saya bertekad untuk menjarakkan
diri dari awak seketika. Bila awak tanya kenapa, saya hanya jawab kerana
saya hendak tumpukan pada pelajaran. Saya tahu itu alasan bodoh. Saya pendam
semua ini. Pada kawan-kawan saya tak pernah menceritakannya. Tapi hati
saya meronta-ronta. Saya katakan kepada awak "Jika benar kita
berjodoh, nati awak datang pinang saya." Saya suruh awak pegang
kata-kata tu dan awak bersetuju.
Tapi
langit tak selalunya cerahkan. Belum sempat saya tamatkan pengajian, ibu
memberitahu saya akan disatukan dengan pilihanya. Hati saya luluh berkecai
awak. Impian saya musnah. Saya keliru. Antara cinta dan keluarga. Saya tak
mampu untuk memilih dan saya tak ada pilihan. Kerana Syurga dibawah tapak kaki
ibu walaupun sebenarnya sampaikan hari ini, saya masih berharap kita berjodoh
suatu hari nanti.
Benar kata orang : kita hanya perlukan masa
sejam untuk sukakan orang, sehari untuk sayangkan seseorang. Tetapi seumur
hidup pun belum tentu cukup untuk melupakan seseorang.
Saya sentiasa berdoa agar awak kekalkan sebagai
"Ahmad" yang saya kenal itu. Kerana keperibadian mu sangat indah.
Amin Ya Rabb :)