Hidup y" Simple.!

Hidup y" Simple.!

Saturday, 20 October 2012

Saya cintakan awak kerana Allah :)


Saya cintakan awak kerana Allah :)
Saya masih ingat lagi kita mula berkenalan dibangku sekolah. Saat pertama kali saya mengenali awak, hati saya terus terpaut. Bukan kerana wajah awak. Tetapi kerana hati awak. Kerana iman awak. Awak memang lain dari lelaki-lelaki yang pernah awak kenali selama ini.  Masih teringat soalan pertama yang awak tanya di awal perkenalan "Solat awak cukup tak?"  Saya terkedu. Lepas tu awak sambung lagi "Kalau solat pun tak cukup maknya iman nipis sangat la tu...."  Ya Allah. Merah padam muka saya.  Ye lah. Saya sedar.  Saya ni umur saja 16 tahun. Tapi solat masih tak sempurna.

Kadang-kadang saya terfikir kenapa awak suka kan saya? Iye lah. Saya ni dah la bukan budak sekolah agama/ Maahad macam awak. Memang saya bertudung. Tapi hanya sekadar bertudung. Berbaju singkat, berseluar ketat.  Saya jahil bab agama. Sampaikan, saya rasa saya ni tak layak untuk awak.  Awak dari keluarga yang kuat agama.  Bersekolah agama.  Kita berdua memang jauh beza. Bagai langit dan bumi. Tapi awak tak juga tinggalkan saya. Awak tetap berkawan dengan saya. Bila saya ajukan soalan ini kepada awak, awak mesti jawab "yang penting hati. luaran boleh diubah"

Tanpa sedar, sepanjang perkenalan kita awak mengubah saya sedikit demi sedikit. Kalau dulu saya paling rimas pakai baju kurung.  Baju kurung pun boleh kira dengan jari ade berape helai.  Tapi awak pandai ambil hati saya.  Awak cakap saya nampak ayu bila berbaju kurung. Sejak hari itu saya cuba untuk berbaju kurung. Saya selalu minta ibu belikan baju kurung untuk saya.  Sampaikan ibu naik pelik tengok anak sendiri.  Kalau dulu nak lekat bertudung pun payah, tapi sekarang dah pandai berbaju kurung. Bila saya pakai baju singkat depan saya, awak tak marah saya. Tapi awak nasihatkan saya. Awak cakap, kalau nak jadi wanita solehah, kena jaga aurat.  Awak tak pernah putus asa nasihatkan saya. Saya kagum dengan cara awak.  Tak pernah sebelum ini ada lelaki yang berani menasihati saya. Lelaki yang saya kenal sebelum-sebelum ni suka saya berpakaian singkat. Kalau boleh mereka nak saya membuka tudung. Astaufirullahhalazim. Tapi saya bersyukur kerana Allah temukan saya dengan awak.

Bila kita keluar, awak tak pernah tinggal solat.  Pergi tengok wayang ke, pergi shopping ke, awak akan pastikan solat awak terjaga. Sedikit sebanyak ia mengajar saya untuk tidak mengambil mudah tentang solat. Bila tiba hari lahir saya, awak tak belikan saya hadiah yang mahal-mahal. Kata awak, awak tak mampu nak belikan hadiah mahal. Tapi awak hadiahkan saya novel keislaman bertajuk "Ayat-ayat cinta." Saya tak kisah pun awak. Ilmu agama yang awak sudi kongsi dengan saya tak ternilai harganya. Terima kasih awak. Terima kasih kerana selalu ingatkan saya kepada Allah :)

Makin lama kita berkenalan, saya dapat rasakan kelainan. Yer memang saya dambakan awak menjadi suami saya.  Setiap kali berdoa kepada-Nya, saya tak pernah lupa meminta agar jodoh kita dipanjangkan hingga menjadi suami isteri. Awak janji dengan saya bila kita sah jadi suami isteri nanti awak nak ajar saya baca Al-Quran sampai khatam.  Saya tak sabar nak tunggu saat tu. Tapi bila dah bertahun-tahun, awak mula lain. Awak dah berubah. Awak dah berani gengam tangan saya.  Kerana sayang, saya merelakan nya. Kalau dulu kita hanya duduk berjauhan, kini duduk bersebelahan sudah menjadi kebiasaan.  Saya tak salahkan awak sebab saya merelakan. Berdosanya kita masa tu.

Ditakdirkan suatu hari, kita berpisah. Kemudian awak datang merayu untuk bersama saya semula. Tapi saya enggan bersama dengan awak kembali.  Bukan kerana saya benci awak. Bukan kerana saya mempunyai pengganti.  Kerana selama kita terpisah, saya banyak berfikir. Saya terlalu cintakan awak.  Tetapi awak, saya cintakan awak kerana Allah. Bukan kerana nafsu. Saya takut.  Saya takut jika kita teruskan hubungan ini, cinta saya akan terpesong.  Saya tak nak kita sama-sama sesat dengan dunia khayalan yang penuh dengan noda-noda hitam.  Saya nak cinta antara kita berdua suci.

Awak, saya pernah terbaca "Cinta sejati adalah membantu satu sama lain untuk mendapatkan "Jannah". Bukan memegang tangan antara satu sama lain menuju ke Neraka."

Ahmad, selama ini saya terpikat dengan awak kerana awak dekatkan saya kepada Allah. Oleh itu,  Uhibbuki fillah. Saya cintakan awak kerana Allah :)
Maka saya nak kita sama-sama bercinta sampai ke syurga.  Saya tak nak jadi penyebab awak masuk ke neraka dan saya pun tak nak masuk ke neraka.

Disebabkan itu lah saya bertekad untuk menjarakkan diri dari awak seketika.  Bila awak tanya kenapa, saya hanya jawab kerana saya hendak tumpukan pada pelajaran.  Saya tahu itu alasan bodoh. Saya pendam semua ini.  Pada kawan-kawan saya tak pernah menceritakannya. Tapi hati saya meronta-ronta. Saya katakan kepada awak "Jika benar kita berjodoh, nati awak datang pinang saya." Saya suruh awak pegang kata-kata tu dan awak bersetuju.

Bila hampir setahun kita berpisah, kawan awak datang memberitahu saya. "Siti, Ahmad dah lain sekarang. Ahmad dah ada girlfriend baru.  Mereka keluar hampir setiap malam. Dia jarang balik rumah mak ayah dia sekarang. Selalu lepak rumah kawan-kawan" Ya Allah! bagai kilat berdentum atas kepala saya. Manik-manik jernih jatuh ke pipi saya. Tapi hati saya berkata "Tak. Itu bukan Ahmad yang aku kenal. Ahmad bukan macam tu." Saya perlu bertindak sebelum terlambat. Saya segera hubungi awak. Masa saya hubungi awak, awak dengan perempuan itu. Berkecai hati saya. Sejak dari itu, kita mula rapat kembali.  Betul tekaan saya.  Ahmad yang dulu masih terselit dalam diri awak. Alhamdulillah. Syukur saya kehadrat Allah. Pengajian saya hampir tamat. Saya harap hubungan kita dapat di akhiri sebagaiman yang kita angankan dulu. Saya dan awak. Sama-sama membina keluarga yang Sakinah Mawaddah Wa Rahmah :)

Tapi langit tak selalunya cerahkan. Belum sempat saya tamatkan pengajian, ibu memberitahu saya akan disatukan dengan pilihanya. Hati saya luluh berkecai awak. Impian saya musnah. Saya keliru. Antara cinta dan keluarga. Saya tak mampu untuk memilih dan saya tak ada pilihan. Kerana Syurga dibawah tapak kaki ibu walaupun sebenarnya sampaikan hari ini, saya masih berharap kita berjodoh suatu hari nanti.

Benar kata orang : kita hanya perlukan masa sejam untuk sukakan orang, sehari untuk sayangkan seseorang. Tetapi seumur hidup pun belum tentu cukup untuk melupakan seseorang.

Saya sentiasa berdoa agar awak kekalkan sebagai "Ahmad" yang saya kenal itu. Kerana keperibadian mu sangat indah. Amin Ya Rabb :)

No comments:

Post a Comment